Israel Pintas Bedilan Dua Roket Dari Gaza | KAKI PALU

Israel Pintas Bedilan Dua Roket Dari Gaza

Share on Google Plus



Tentera Israel, semalam memintas dua roket yang dibedil dari Semenanjung Gaza, manakala yang ketiga berjaya mendarat dalam wilayah Yahudi itu.

"Tentera Udara Israel (IAF) berjaya memintas dua roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah Israel.

"Sebentar tadi, satu lagi roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Yahudi dan jatuh di kawasan terbuka di Majlis Daerah Eshkol, selatan Israel," menurut kenyataan tentera.

Radio Israel melaporkan roket itu meletup di padang dan tiada kematian dilaporkan.

Pejuang Palestin membedil roket dan mortar ke Israel sejak minggu lalu susulan kemarahan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

IAF menyerang Semenanjung Gaza awal semalam, mencederakan tiga orang, selepas pejuang Palestin membedil roket ke selatan Israel.

Tiga penduduk Palestin cedera ringan dalam serangan itu, kata Kementerian Kesihatan di Gaza, tetapi tiada kes sama dilaporkan di pihak Israel.

Pengumuman Trump Rabu minggu lalu mencetuskan bantahan di seluruh wilayah Palestin, dengan empat terkorban dan ratusan lagi cedera dalam pertempuran atau serang balas udara rejim Zionis itu setakat ini. - AFP


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment