Khairy Ulangi Mahu Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda | KAKI PALU

Khairy Ulangi Mahu Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda

Share on Google Plus


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengulangi hasrat melepaskan jawatan dalam pergerakan itu dan  berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkannya.

Bercakap dalam Sembang Online di Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, Khairy berkata, destinasi atau kedudukan beliau selepas meninggalkan jawatan Ketua Pemuda tidak penting.

Khairy berseloroh dengan wartawan BNBBC.my dan Agendadaily ketika melawat Laman Media, PAU 2017 di PWTC

Beliau berpendapat Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan kepimpinan baharu selepas dua penggal memegang jawatan tersebut.

“Saya daripada dulu sudah kata saya cenderung meninggalkan Pemuda selepas penggal ini.

Saya mahu sediakan barisan yang boleh menggantikan saya. Destinasi saya ke mana selepas ini tidak penting. Soal pemilihan parti kita bincang selepas pilihan raya.

“Tapi bagi saya sudah dua penggal, pemuda perlukan pemikiran yang segar. Macam mana pun saya bawa pemuda, macam mana pun peribadi saya, akhirnya kita ada hala tuju lain,” jelas Khairy.

Sementara itu, Khairy berkata, Pergerakan Pemuda UMNO telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dan memberi tumpuan kepada 1.9 juta pengundi lelaki muda Melayu bawah usia 40 tahun.

Menurut beliau 40 peratus daripada jumlah pengundi merupakan pengundi muda dan 20 peratus merupakan pengundi baharu.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment