KL Bandar Raya Ke-10 Paling Kerap Dikunjungi Pelancong Asing | KAKI PALU

KL Bandar Raya Ke-10 Paling Kerap Dikunjungi Pelancong Asing

Share on Google Plus



Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 dalam senarai bandar raya yang menerima kedatangan pelancong asing tertinggi, mengikut laporan Top 100 City Destinations Ranking 2017 terbitan Euromonitor International.


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkata kejayaan itu merupakan hasil usaha kerajaan dalam mempromosikan Malaysia serta melonjakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.


Keputusan menjadikan Jalan Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya termasuk Jalan Alor sebagai pusat beli-belah terkenal dan moden membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah secara mendadak dan setaraf dengan pusat beli belah terkenal di dunia seperti Oxford Street di London, Shinjuku di Tokyo dan Tsim Sha Tsui di Hong Kong.


"Sebagai destinasi beli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dengan menawarkan harga berpatutan, menyediakan infrastuktur yang mesra pelanggan dan sistem pengangkutan awam yang efisien," kata kementerian dalam kenyataan di sini, hari ini.


Kementerian itu berkata Kuala Lumpur berkembang daripada sebuah penempatan perlombongan dan kini muncul sebagai kota raya yang pesat maju dengan kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan serta komunikasi moden. - BERNAMA





Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment