Mahathir Buat U-Turn Lagi, Tidak Akan Bertanding Di Langkawi? | KAKI PALU

Mahathir Buat U-Turn Lagi, Tidak Akan Bertanding Di Langkawi?

Share on Google Plus



Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melupakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagaimana yang dijangka beberapa pihak sebelum ini.


Menurut desas-desus yang bertebaran di pulau lagenda itu, meskipun Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Langkawi, namun jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sana dikatakan sedang menghadapi masalah.


Difahamkan bahawa terdapat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM di Bahagian Langkawi yang tidak berpuas hati dengan persediaan parti itu menghadapi PRU khususnya berhubung penyusunan jentera pilihan raya.


Mahathir pula dikatakan amat jarang dan boleh dikatakan hampir tidak pernah mempengerusikan mesyuarat parti di Bahagian berkenaan meskipun beliau adalah Ketua Bahagian PPBM di Langkawi.


Ekoran ketidakhadiran Mahathir, difahamkan bahawa boleh dikatakan hampir semua mesyuarat parti di Bahagian itu terpaksa dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagiannya, Shukor Bahari.


Selain itu, desas-desus di peringkat akar umbi PPBM di Langkawi juga dikatakan sedang dilanda masalah berhubung akaun dana kewangan parti yang mungkin disalah guna oleh pihak tertentu.


Kontroversi bertambah hangat apabila khabar angin menjelaskan tentang peranan bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin yang sebelum ini "tersingkir" dari kepimpinan dan bertindak keluar parti, kini amat memusuhi parti tersebut di sana.


Setelah keluar parti, Anina yang difahamkan bergerak sebagai NGO telah mendedahkan pelbagai isu mengenai masalah dalaman bekas partinya itu terutama melibatkan hal ehwal PPBM di peringkat Bahagian.


Justeru itu, kemelut yang sedang dihadapi oleh PPBM di Langkawi berkenaan dijangka menjadi punca utama kemungkinan Mahathir tidak akan bertanding di sana ekoran potensinya untuk tewas semakin besar.


Sekiranya bekas Perdana Menteri itu bertanding dan tewas di Parlimen Langkawi, ia dikhuatiri akan menjejaskan lagi reputasinya di mata rakyat.


Sokongan dan populariti Mahathir kini sedang teruk merudum ekoran tindakannya yang bersahabat baik dengan DAP, PAN dan PKR, sebaliknya memilih untuk menyerang PAS dan UMNO sehingga mencetus rasa sangsi rakyat terhadap agenda sebenar bekas Perdana Menteri itu. - Kedahnews


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment