Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, Nilai Ringgit Semakin Berharga | KAKI PALU

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, Nilai Ringgit Semakin Berharga

Share on Google Plus



PERHIMPUNAN Agung UMNO 2017 bermula pada 5 Disember dan bakal menutup tirai pada 9 Disember depan.

Ini merupakan sebuah perhimpunan politik terbesar di negara ini saban tahun yang menjadi perhatian parti kawan dan lawan.

Ramai penganalisis dan pakar politik mendapati, perhimpunan agung UMNO merupakan sebuah medium yang wajar dijadikan kayu ukur bagi melihat kekuatan sebenar Barisan Nasional (BN) pada tahun semasa.

Namun sekarang ini perhimpunan terbesar warga Melayu itu bukan sahaja boleh dijadikan pengukur kepada dunia politik, sebaliknya boleh juga menjadi sumber kekuatan dalam sektor ekonomi sebagai contoh.

Maka tidak hairanlah menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini, nilai ringgit kita bertambah mengukuh dan 'semakin mahal' di pasaran antarabangsa.




Ini sekali gus membuktikan bahawa kepimpinan Kerajaan Malaysia di bawah naungan UMNO dan BN telah diterima sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini, malah rantau ini juga.

Nilai mata wang pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini mencatatkan positif dan antara paling terbaik sejak beberapa tahun ini.

Jika kita dapat lihat, 1 USD bersamaan RM4.04 dan ini berlaku semasa aura kekuatan UMNO sedang ditular dan ditonjolkan di seluruh negara melalui perhimpunan ini.

Bayangkan jika seluruh ahli dan orang UMNO bersama-sama komponen BN bersatu padu dan bergerak seiringan bersama, tidak mustahil sektor ekonomi, perdagangan, nilai mata wang dan perniagaan di negara ini akan bertambah mengembang.

Bukan kerana gerak geri politik penyebab ekonomi meningkat, sebaliknya ia disebabkan oleh kekuatan dan kestabilan politik di Malaysia akan menjadi punca aktiviti dan keyakinan pelabur antarabangsa memperkasakan perniagaan mereka di negara kita.

Justeru, UMNO dan BN harus mengekalkan momentum ini dengan terus menonjolkan kekuatan mereka dalam masa sama terus mematahkan segala serangan Pakatan Harapan jika mahu nilai ringgit kita semakin positif serta tahap ekonomi negara kita kian rancak. -KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment