Pembatalan IMAMS Bukti Keprihatinan Kerajaan | KAKI PALU

Pembatalan IMAMS Bukti Keprihatinan Kerajaan

Share on Google Plus



Selepas 24 jam dilancarkan, pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) akhirnya dibatalkan. Ia merupakan satu keputusan yang menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat mengenai kebajikan rakyat, apatah lagi Imams melibatkan umat Islam di negara ini.

Tindakan pantas pembatalan Imams itu adalah bukti bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam apa-apa perkara yang tidak menguntungkan rakyat.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tweet dari Bahrain menyifatkan pembatalan pelaksanaan Imams bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.

``Saya tidak setuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat,'' kata Najib dalam entri di twitternya.

Apabila Perdana Menteri bersetuju dengan pembatalan tersebut, ia membuktikan beliau sentiasa peka serta menitik beratkan keadaan semasa dihadapi rakyat.

Begitu juga dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut memberikan maklum balas segera tentang perkara ini. Keputusan yang diambil ini dilakukan bagi mengelakkan umat Islam terbeban dengan pelaksanaannya yang disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Walaupun menerima kritikan namun kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan membuktikan ia responsif kepada reaksi rakyat dengan membatalkannya segera, apatah lagi selepas mendengar keresahan rakyat.

Ini kerana kerajaan tahu bahawa soal melibatkan ibadah adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan akan mencari jalan terbaik bagi memudahkan umat Islam menunaikan umrah.

Apabila ia dibatalkan, apa yang boleh dilihat ialah bagaimana sesuatu isu yang sensitif ini telah ditangani dengan segera, cuma janganlah ia dijadikan sebagai bahan modal politik.

Ini kerana isu-isu melibatkan umat Islam tidak perlu dipolitikkan apatah lagi langkah perlu telah diambil dan dibatalkan dengan segera. Ia juga bukannya gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 seperti dakwaan pembangkang.

Malah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki sendiri mengesahkan bahawa Imams tidak mempunyai unsur rasuah atau salah laku.

``Tiada aduan berhubung kesalahan rasuah atau salah guna kuasa diterima setakat ini. Ini adalah masalah pentadbiran kerajaan yang setakat ini tidak mengandungi unsur atau elemen rasuah,'' katanya.

Percayalah, niat pihak kerajaan sebenarnya baik kerana tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menipu mereka yang mahu mengerjakan umrah namun disebabkan oleh masalah tertentu, maka Imams terpaksa dibatalkan.

Walaupun Imams tidak diguna pakai namun kementerian terbabit telah diminta untuk menentukan dasar dan prosedur operasi piawai (SOP) serta pemantauan terhadap sistem lain yang akan digunakan kelak.


Tulisan :
Beruang Biru
BB705, Selasa
19 Disember 2017


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment