Populariti Pembangkang Mula Merosot, Meraba Cari Isu Baharu | KAKI PALU

Populariti Pembangkang Mula Merosot, Meraba Cari Isu Baharu

Share on Google Plus


Perbuatan pembangkang mempolitikkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengeksploitasi sistem perundangan untuk menghalang urusan itu merupakan cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kemerosotan popularti yang mereka alami, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata, seperti negara demokrasi lain, Malaysia juga melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan sebelum pilihan raya diadakan bagi mencerminkan pertumbuhan penduduk dan proses itu adalah perkara biasa, tidak melibatkan campur tangan politik serta dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersifat bebas.

“Realitinya ialah badan kehakiman Malaysia bersikap bebas dan adil. Keputusan yang kerap tidak menyebelahi kerajaan merupakan suatu perkara yang diketahui umum.

“Pembangkang hanya bersungut apabila keputusan tidak menyebelahi mereka. Adalah memalukan apabila pembangkang memilih untuk memburuk-burukkan negara mereka sendiri di peringkat antarabangsa, semata-mata untuk mencari keuntungan politik,” kata beliau dalam kenyataan semalam.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment