Pramugari Tutup Aurat Tidak Jejaskan Imej Syarikat | KAKI PALU

Pramugari Tutup Aurat Tidak Jejaskan Imej Syarikat

Share on Google Plus
GAMBAR HIASAN



Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat percaya penguatkuasaan berkaitan soal pakaian menutup aurat pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia tidak akan menjejaskan imej dan perniagaan syarikat terbabit.

Katanya, langkah tersebut adalah sesuatu yang perlu segera dilaksanakan selain memberi imej baik kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dipandang tinggi di seluruh dunia.

"Kita sudah melaksanakan pelbagai perkara berkaitan patuh syariah seperti memperkenalkan Bank Islam, perbadanan halal dan banyak lagi yang diikuti negara-negara Islam lain.

“Syarikat penerba­ngan adalah imej kita, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelanggan yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara semalam, Hanafi mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat pe­nerbangan Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat.

Mengulas lanjut, Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, langkah tersebut tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

- Utusan online


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment