Semua Sayap UMNO Mahu Najib, Zahid Kekal Tidak Dipertandingkan | KAKI PALU

Semua Sayap UMNO Mahu Najib, Zahid Kekal Tidak Dipertandingkan

Share on Google Plus


Tiga sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.

Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika mencadangkan perkara itu berkata, demi perpaduan dan muafakat serta kestabilan parti, jawatan itu tidak perlu ditandingi dan menyokong kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mengenai perkara tersebut.

Sementara itu cadangan sama disuarakan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar merasmikan perhimpunan sayap masing-masing di PWTC, Rabu.

Menurut Khairy, cadangan tersebut menunjukkan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengemudi nakhoda bahtera UMNO.

“Biar kita ke medan perang dengan hati yang tenang, dengan fikiran yang lapang,  jangan terbeban dengan persoalan siapakah yang perlu diundi nanti.

“Jadi we settle the big question today, tak perlu dibelenggu persoalan ini, di pentas ini Pemuda nak cadangkan, bila menang pilihan raya nanti inshaAllah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan, dan kita beri sokongan sebulat hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk terus kemudi parti.

“Buang sarat persoalan itu jauh-jauh, sekarang kita fokus bagi BN menang besar,” katanya dengan penuh semangat di hadapan perwakilan yang hadir.

Sementara itu, Mas Ermieyati juga  mencadangkan UMNO agar tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti keramat orang Melayu itu pada pemilihan tahun hadapan

“Gandingan kedua mereka ini bagaikan aur dengan tebing, Puteria UMNO Malaysia ingin mencadangkan pemilihan UMNO akan datang tidak mempertandingkan jawatan nombor satu dan nombor dua parti.

“Kedua-dua pemimpin berjiwa besar ini harus dikekalkan dan diberikan ruang untuk terus bersama-sama memantapkan parti dan negara.

“Dengan itu, tumpuan kita juga dapat ditumpahkan sepenuhnya terhadap usaha untuk menumpaskan gempuran politik pembangkang dalam PRU Umum ke-14 seterusnya menyambung mandat untuk memenuhi agenda kepentingan rakyat,” kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment