Trump Lakukan Kesalahan Terbesar Dalam Sejarah - Hamas | KAKI PALU

Trump Lakukan Kesalahan Terbesar Dalam Sejarah - Hamas

Share on Google Plus


Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah kesalahan terbesar dalam sejarah dunia yang tidak boleh dimaafkan masyarakat antarabangsa.

Ketua Pergerakan Luar Hamas, Maher Salah, berkata ini kerana secara jelas Baitulmaqdis adalah bumi Palestin yang berdaulat dan kekal selama-lamanya sebagai ibu negara Palestin.

"Pengumuman Trump adalah kesalahan besar dalam sejarah dunia yang tidak boleh dimaafkan. Mana boleh sebuah wilayah dalam negara kami dijadikan ibu negara bagi negara lain selama-lamanya," katanya.

Maher adalah antara 25 ketua delegasi perwakilan luar negara yang dijemput mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Delegasi berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan Najib di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC.

Maher berkata, Hamas menyanjung tinggi pendirian Najib yang menolak sekeras-kerasnya tindakan AS itu.

Katanya, ini membuktikan Perdana Menteri bukan saja pejuang rakyat Malaysia, malah masyarakat Islam sejagat.

"Kami menyanjung tinggi pendirian Najib yang menolak pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya.

Dalam pada itu, Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha, berkata tindakan Trump bertentangan dengan pelbagai resolusi antarabangsa termasuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Katanya, Presiden Palestin, Mahmoud Abas sendiri tegas dengan pendirian bahawa Baitulmaqdis adalah `ibu kota Palestin yang kekal buat selama-lamanya'.

"Saya percaya bukan saja umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di serata dunia ramai sependapat dengan pendirian Mahmoud," katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment