Gadis Palestin Yang Tampar Tentera Israel Itu Dibebaskan | KAKI PALU

Gadis Palestin Yang Tampar Tentera Israel Itu Dibebaskan

Share on Google Plus




Seorang wanita Palestin yang didakwa menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat dibebaskan dengan ikat jamin, awal pagi semalam.


Nour Tamimi, 20 dibebaskan dari penjara tentera selepas mahkamah menolak rayuan pendakwa untuk tidak membebaskan beliau.


Bapanya, Naji Tamimi berkata anaknya dibenarkan pulang ke kampungnya di sini selepas membayar ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,792) dengan seorang penjamin.


Peguamnya, Gaby Lasky berkata, penjamin itu mengesahkan bahawa Nour akan hadir pada prosiding mahkamah yang dijangka bermula 12 Februari nanti.


Gadis itu ditahan 20 Disember lalu, sehari selepas penahanan sepupunya, Ahed Tamimi, 16 apabila video mereka menyerang tentera Israel yang sedang bertugas di Tebing Barat tular di internet.


Ahed dan ibunya, Nariman Tamimi bagaimanapun masih berada dalam tahanan.


Kepulangan Nour disambut meriah oleh ahli keluarga dan Gabenor Ramallah, Laila Ghanam. - AFP


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment