Raja Saudi Arah Bayar Elaun Bulanan 1,000 Riyal | KAKI PALU

Raja Saudi Arah Bayar Elaun Bulanan 1,000 Riyal

Share on Google Plus



Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan bayaran bulanan sebanyak 1,000 riyal (RM1,063) kepada penjawat awam sebagai mengimbangi kos sara hidup yang meningkat.

Ia susulan langkah kerajaan negara kaya minyak tersebut terpaksa menaikkan harga runcit petrol tempatan dan memperkenalkan cukai nilai tambahan (VAT) ala cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari lalu.

Dalam dekri diraja disiarkan media tempatan, raja tersebut turut mengarahkan bayaran 5,000 riyal (RM5,332) kepada anggota tentera yang sedang berkhidmat di Yaman dan terlibat dalam peperangan selama tiga tahun.

Arab Saudi, pengeksport petroleum terbesar di dunia, menaikkan harga minyak sekitar seganda pada Isnin lalu sebagai inisiatif pelan reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonominya.

VAT sebanyak lima peratus turut dikuatkuasakan ke atas barangan dan perkhidmatan pada hari sama. Cukai kepenggunaan itu turut dilaksanakan di 190 negara kerana lebih telus dan tidak mudah ditiriskan oleh peniaga.

Arahan bagi bayaran baharu itu adalah bagi mengiktiraf “beban yang ditanggung sesetengah segmen masyarakat ekoran langkah-langkah yang dilakukan untuk mengubah struktur ekonomi negara” menurut dekri tersebut.

Namun Raja Salman turut mengarahkan agar VAT ditanggung oleh pihak kerajaan bagi beberapa sektor kritikal, termasuk bidang kesihatan dan khidmat pendidikan selain aktiviti pembelian rumah untuk kali pertama.

Ia dijangka menelan belanja tambahan sehingga 850,000 riyal (RM903,771) manakala elaun bulanan bagi para pelajar, golongan pesara kerajaan dan penerima bantuan kebajikan turut dinaikkan bagi membantu mereka.

Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tida lagi bergantung kepada sumber minyak, menurut belanjawan 2018. – Agensi


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment