TMJ Harap Ada “Superman” Ganti Jadi Presiden FAM | KAKI PALU

TMJ Harap Ada “Superman” Ganti Jadi Presiden FAM

Share on Google Plus




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan baginda untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Titah Tunku Ismail, baginda selaku Presiden FAM pada tahun ini akan berusaha mencari duit untuk membantu setiap pasukan, memperbetulkan strukur dan melakukan yang terbaik buat pasukan kebangsaan.

“Kemudian saya harap ada satu presiden “superman” jadi Presiden FAM kerana saya tak lama. Hari terakhir saya jadi Presiden FAM mungkin 2018 atau 2019. Bergantung, lagi cepat lagi bagus,” titah baginda dalam satu rakaman video sempena tahun baharu 2018 hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam nada berseloroh bertitah baginda akan masukkan “haters” baginda dalam kandang buaya jika terjumpa dengan mereka.

Titah Tunku Ismail, baginda mahu melihat sendiri sama ada “haters” terbabit boleh berenang atau boleh berlari atas air.

Mengulas impian tahun baharu, baginda menyatakan hasrat untuk membuat wang yang banyak sehingga mampu beli kerajaan Malaysia, malah separuh dunia jika berkemampuan.

Baginda turut berseloroh mungkin baginda sekarang bekerja sebagai pembunuh upahan jika bukan Tunku Mahkota Johor.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment