Mukhriz Sudah Tidak Percayakan Setpol Sendiri?

Share on Google Plus



Nama Azimi Daim bukanlah nama kecil dalam negeri Kedah. Dia terkenal sejak selepas PRU13 lagi.

Apabila Mukhriz Mahathir diangkat menjadi Menteri Besar Kedah, Azimi pula diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik kepada MB Kedah.

Bekas pemimpin Umno Kulim/Bandar Baharu itu juga merupakan penyokong tegar Mahathir Mohamad sejak era pemerintahannya selama 22 tahun lalu.

Azimi amat rapat dengan keluarga Mahathir. Itu tidak boleh disangkalkan lagi.

Begitu juga Azimi amat totok dengan Mahathir dan ini tiada siapa boleh nafikan.

Sebab itulah apabila Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Mukhriz tidak lagi bersama Umno, maka Azimi turut ikut serta.

Sehinggakan Azimi dilantik menjadi Ketua Penerangan PPBM Kedah di bawah kepercayaan Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Namun itu sekadar menjadi sejarah sepertimana Mahathir telah menjadi sejarah sebagai sebuah Negarawan ulung.

Menurut cerita dari penyokong PPBM Kedah sendiri, Azimi dipercayai mempunyai hubungan 'baik' dengan beberapa pemimpin Srikandi PPBM Kedah dan pemimpin Srikandi Bahagian Langkawi.

Namun tidak tahu sejauh mana maklumat itu tepat. Yang pasti isu berkenaan telah tersebar jauh, bukan sahaja di dalam PPBM, malah turut tersebar masuk ke dalam Umno.

Itu satu isu. Isu kedua pula menurut sumber tersebut, Mukhriz tidak lagi menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Azimi. Katanya ada sesuatu perkara tidak elok telah berlaku.

Sebab itulah pada asalnya nama Azimi lekat untuk bergelar calon di Parlimen Kulim/Bandar Baharu mewakili Pakatan Harapan.

Namun sekarang lain pula jadinya. Pegawai kanan Lim Guan Eng iaitu Saifuddin Nasution Ismail pula dikatakan bakal menjadi calon bertanding di kerusi tersebut.

Mukhriz dan PPBM Kedah pula dengar kata tidak membantah apabila DAP mahu letakkan Saifuddin di Kulim/Bandar Baharu.

Sumber itu berkata, sifat akur PPBM Kedah itu kerana dua sebab. Yang pertama mereka takut dengan DAP. Manakala yang keduanya disebabkan Mukhriz sudah hilang pertimbangan dengan Azimi.

Masa depan PPBM Kedah mungkin tidak akan bertahan lama. Selepas 'team' Anina Saadudin di Kedah telah berpecah, kini 'team' Azimi pula bergerak solo. Tidak lagi sealiran dengan 'team' Mukhriz.

Itu tidak ditambah lagi dengan 'team' pusat yang juga turut ada bertapak di negeri berkenaan.

Apapun Azimi sekarang sudah tidak seperti dahulu. Mungkin hasrat dia meninggalkan Umno dan menyertai PPBM bagi menunjukkan betapa dia taat setia kepada bosnya iaitu Mukhriz.

Tetapi sekarang ini bos dia sendiri sudah mula hilang rasa percaya terhadap bekas Setiausaha Politik sendiri. - KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment