PAS Ancaman Sebenar BN, Bukannya PH - Nazri Aziz

Share on Google Plus



Ancaman utama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS bukan Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.



Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata sungguhpun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.



"Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.



"PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi," katanya dipetik NST.



Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata walaupun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan perkara berkenaan.



"Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.



"Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala Umno dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu," katanya.



PAS sebelum ini bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan Pakatan Rakyat (PR), tetapi ia gagal selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015 berhubung isu hudud.



PAS kemudian mengakhiri hubungan dengan PKR tahun lalu.



Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya tampil dengan tema baru iaitu Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang tidak lagi membawa politik memaki hamun.



PAS juga berkali-kali bertegas menyokong apa sahaja dasar atau polisi BN yang menguntungkan rakyat dan akan menegur serta mengkritik jika tidak selari dengan landasan syariah.



Natijahnya, PAS kerap kali dikatakan akan berkerjsama dengan Umno BN pada PRU14.



Bagaimanapun pemimpin PAS termasuk Hadi sendiri memberi jaminan partinya tidak akan sesekali bergabung dengan Umno BN malah akan menentang parti itu pada PRU akan datang.





-ze


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment