Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN | KAKI PALU

Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN

Share on Google Plus


Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kepada rakyat Malaysia kerana kita bakal berdepan dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara.

Entah bila tarikhnya. Namun Datuk Seri Najib sudah beri bayangan minggu lepas ianya mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri. Siapa tahu mungkin keberkatan bulan puasa seperti PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berulang semasa PRU14 nanti, kemenangan besar buat BN di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Dalam erti kata mudah, pilihlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negara.

Tengoklah kejayaan dan pembangunan yang dicapai oleh beliau di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia telah meletakkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik dalam Indeks Pembangunan Inklusif (IDI).

Malaysia berada pada nombor 13 di dunia dan satu di Asia, manakala China di tempat ke-25 dan India nombor 62.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga mendapat pengiktirafan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor berikutan kekukuhan ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi negara disemak sampai tiga kali oleh Bank Dunia tahun lepas. Ianya disemak menaik bukannya menurun. Semalam, Bursa Malaysia umumkan catat untung bersih tertinggi sejak 2007.

Banyak lagi boleh disenaraikan namun apa yang penting pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Atas sebab itulah maka kerajaan yang ada perlu dipertahankan. Tolaklah cita-cita besar pembangkang untuk menguasai negara dengan menaburkan janji-janji manis kepada rakyat.

Berbeza dengan Pakatan Harapan. Belum lagi memerintah negara, namun Pakatan Harapan sudah bergolak. Lihat sahaja bagaimana isu pembahagian kerusi untuk PRU14 gagal diselesaikan disebabkan berlaku ketidakpuasan dan perebutan antara parti di dalam gabungan pakatan itu.

PKR, PPBM dan PAN, sehingga kini masih berebut kerusi. Bukan itu sahaja, mereka juga bergaduh sesama sendiri dan tanpa rasa malu meluahkannya di media sosial. Contoh paling ketara adalah di Selangor.

Pemimpin PKR Selangor bergilir-gilir menyerang pemimpin PAN berhubung pengagihan kerusi hinggakan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir terpaksa meminta supaya ia diselesaikan dengan baik.

Mahathir tidak boleh buat apa. Siapa hendak "dengaq" cakap Mahathir. DAP terus sahaja bergaduh dan bergasak bersama PAN bagi membuli PKR di Selangor.

Bukan itu sahaja, dalam soal mengadakan mesyuarat agung tahunan (EGM) pun sama. PPBM hanya mengadakannya selepas mendapat amaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Itupun selepas ingatan diberikan bahawa ia berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran jika EGM itu tidak diadakan.

Sekarang Pakatan Harapan sedang meroyan dengan menuduh kononnya mereka disabotaj dengan alasan untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan.

Gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian kemudian buat mesyuarat agung. Mana boleh buat begitu? Bila ROS tegur, mereka melenting. Gagal buat mesyuarat cawangan, ROS yang salah. Ini satu tuduhan pelik.

Ia juga menunjukkan bahawa PPBM tidak mempunyai pemimpin berkualiti yang boleh diharapkan oleh rakyat. Hendak tanding sampai 52 kerusi parlimen macam mana kalau mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat?

Cuba senarai tengok siapa calon PPBM di semua 52 kerusi parlimen ini? Ada calon kah PPBM? Hendak umum nama ahli pun takut. Nama calon lagilah takut.

Semua yang dilakukan oleh Pakatan Harapan gagal. Serangan terhadap Perdana Menteri menggunakan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion juga gagal, mahu daftar parti juga gagal, mahu mendaftar logo juga gagal dan kini sedang bergaduh sesama sendiri.

Mereka sendiri yang menggagalkan semuanya kerana kelemahan sendiri tetapi seperti biasa Najib dan kerajaan juga dipersalahkan. Berbeza dengan BN, yang sudah melunaskan 97.6% akujanji kepada rakyat.

Pembangkang yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang tidak berani langsung umumkan berapa peratus janji yang mereka sudah laksana pada rakyat. Ini bukti pembangkang sudah gagal.

Hanya Barisan Nasional yang menjaga kebajikan dan kehendak rakyat. Oleh kerana itulah dulu pembangkang pakai nama Pakatan Rakyat, kini tukar nama kepada Pakatan Harapan kerana harapan rakyat itu sendiri sudah musnah. Yang tinggal hanyalah harapan kosong sahaja.

Berilah mandat yang kuat supaya Barisan Nasional boleh membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat lagi di persada antarabangsa. Jangan beri undi pada pembangkang yang malu mengaku rakyat Malaysia.


Tulisan :
Beruang Biru
BB769, Rabu
7 Februari 2018


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment