Dengar Kata Amiruddin Setro ADUN Jeram Akan Sertai PPBM

Share on Google Plus


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Amiruddin Setro dikatakan akan keluar UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia susulan desas-desus mengatakan UMNO Selangor akan meletakkan calon lain untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Jika benar desas-desus ini, kemungkinan besar Amiruddin akan bertanding atas tiket PPBM.

“Difahamkan beberapa pemimpin PPBM telah adakan perbincangan secara tidak rasmi mengenai perkara ini. Pengganti Amiruddin ialah dalam kalangan pemimpin UMNO Kuala Selangor,” katanya kepada Watan Online, pada Rabu.

Sumber berkata, Amiruddin yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Selangor sebenarnya telah lama ‘merajuk’ apabila dinafikan kemenangan dalam pemilihan Ketua Bahagian Kuala Selangor, selepas pemilihan semula diadakan.

“Mungkin Amiruddin boleh terima apabila beliau dinafikan kemenangan dalam pemilihan Ketua Bahagian, namun sebaliknya jika kerusi DUN Jeram turut dinafikan,” katanya.

Pada 2013, Amiruddin tewas dalam pemilihan semula jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor menentang Setiausaha Bahagiannya, Ishak Haron.

Amiruddin yang mendapat 266 undi, tewas dengan empat undi berbanding pencabarnya yang memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.

Pemilihan semula itu diadakan kerana adanya bantahan daripada Ishak terhadap proses pemilihan bahagian itu sebelum ini.

Dalam pemilihan Ketua Bahagian yang asal, Amiruddin selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi. Ishak mendapat 219 undi.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment