Gadis Ukraine Lari Bogel Untuk Awet Muda | KAKI PALU

Gadis Ukraine Lari Bogel Untuk Awet Muda

Share on Google Plus




KIEV - UKRAINE. Wanita dari Ukraine ini mempunyai cara unik untuk beriadah pada setiap hujung minggu.

Inna Vladimirskaya, 32, tanpa memakai seurat benang mendakwa dia akan berjogging tanpa memakai seurat benang di kawasan bersalji yang mencatat suhu -9 darjah Celsius sebelum berenang di sungai Dnieper di Kiev.

Menurut Vladimirskaya, dia telah melakukan ritual aneh itu selama sembilan tahun dan turut ditemani suaminya kerana wanita itu percaya suhu sejuk dapat menyihatkan tubuhnya serta salah satu rahsia awet muda.

"Saya akan melakukan 'aktiviti' ini pada setiap pagi Ahad. Perbuatan berendam dalam air sejuk boleh melancarkan aliran darah ke organ dalaman dan mengaktifkan peredaran darah yang dapat membantu memecahkan lemak serta menguatkan otot," ujarnya.



Jelas wanita itu lagi, ia juga dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi serta meremajakan kulitnya kerana bekalan oksigen meningkat.

"Walrus (mamalia seperti anjing laut) sentiasa kelihatan muda kerana ia banyak menghabiskan masa dalam air sejuk. Manusia boleh menggunakan kaedah yang sama jika ia sanggup berbuat demikian.

"Saya akan memastikan tidak berada terlalu lama dalam air sejuk tersebut. Saya akan mengeringkan tubuh dengan cepat dan terus menaiki kereta," jelasnya lagi.

- Daily Mail






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment