Kalau Ekonomi ‘Tak Baik’, Rakyat Tak Mampu Ke Luar Negara | KAKI PALU

Kalau Ekonomi ‘Tak Baik’, Rakyat Tak Mampu Ke Luar Negara

Share on Google Plus





Kritikan Pakatan kononnya ekonomi Malaysia berada di tahap membimbangkan tidak benar kerana rakyat negara ini membelanjakan RM46 bil pada 2016 untuk melancong ke luar negara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


"Kita bising-bising tetapi (ramai) rakyat Malaysia yang ke luar (negara) berbelanja. Kalau ekonomi tak berjalan dengan baik saya rasa orang tak mampu pergi luar negara,” katanya di Parlimen, semalam.


Bukan itu sahaja, Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.9% pada tahun 2017 berbanding 4.2% pada tahun 2016.


Ia dijangka kekal antara 5%-5.5% pada 2018 berdasarkan permintaan domestik terutamanya perbelanjaan swasta berikutan kestabilan pasaran buruh, pendapatan eksport yang lebih tinggi dan kedudukan inflasi yang terkawal dalam persekitaran kadar faedah rendah.


Kesan kenaikan harga minyak mentah dunia kepada pendapatan negara hanya dapat diketahui selepas genap setahun memandangkan harga minyak dunia yang diumum semasa Bajet 2018 adalah anggaran purata tahunan.


"Kerajaan membuat anggaran pendapatan sebanyak RM37.8 bil untuk hasil berkaitan petroleum pada 2018 semasa pembentangan Bajet 2018, termasuk cukai pendapatan petroleum, dividen, royalti dan pendapatan sampingan daripada Petronas, berdasarkan andaian purata paras minyak mentah pada US$52 setong. Bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Februari, 2018, purata harga minyak mentah dunia adalah pada kadar US$67.15 secara purata.”


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment