Kayveas Terbukti "Winnable Candidate" Kerusi Cameron Highlands

Share on Google Plus




MUNGKIN ramai masih ingat, apabila Pengerusi BN Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan parti, beliau mengamalkan prinsip 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.

Bagi beliau, rakyat adalah yang utama. Mana-mana pemimpin atau wakil rakyat dalam Barisan Nasional haruslah memberi keutamaan yang lebih terhadap rakyat di bawah.

Sebab itulah Najib juga yang memperkenalkan konsep ''WINNABLE CANDIDATE'' sebagai syarat utama untuk mana-mana pemimpin BN bergelar calon dalam pilihan raya.

Untuk menjadikan seseorang itu boleh dianggap ''WINNABLE CANDIDATE'', ia haruslah memiliki hubungan yang akrab dan baik dengan para penduduk setempat.

Mana mungkin seorang pemimpin 'payung terjun' mampu diterima penduduk dan pengundi sesuatu kawasan sekiranya dia sendiri jarang-jarang sekali berada di tempat berkenaan.

Waima seseorang itu ada jawatan sebagai Ketua Pemuda parti sekali pun, ia bukan tiket untuk memberi kemenangan dalam pilihan raya.

Sebagai contoh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, krisis mula melanda antara MIC dan MyPPP sehingga ke saat ini. Kedua-dua parti dilihat amat berminat untuk menjadi calon mewakili Barisan Nasional di sini.

Namun 'mood' majoriti pengundi di Cameron Highlands bukan boleh didolak dalih begitu sahaja. Mereka hanya akan menerima calon yang amat dekat dan rajin bersama mereka sahaja.

Walaupun calon itu dari Barisan Nasional, namun jika calon itu tidak pernah nampak muka sebelum ini, pasti pengundi di sini akan menolaknya mentah-mentah.

Situasi ini amat bahaya kepada Barisan Nasional dan Najib sendiri. Jika tersalah langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang baru muncul di saat-saat akhir, jangan terkejut Parlimen Cameron Highlands akan berjaya ditakluk oleh Pakatan Harapan.




"UNCLE BOND"

Selaku Perdana Menteri, Najib pasti tahu kehadiran Presiden MyPPP ke Cameron Highlands sejak tahun 2000 lagi telah disedari dan dekat dengan denyut nadi rakyat kawasan berkenaan.

Tan Sri M Kayveas bukanlah orang asing bagi penduduk sini. Beliau sering terima jemputan penduduk tanpa protokol. Ini menyebabkan penduduk di sini lebih mudah mesra dengan beliau walaupun MyPPP tidak diperuntukkan kerusi di kawasan tersebut.

Walaupun MIC masih mahu kerusi itu, namun populariti Kayveas jauh lebih ketinggalan berbanding MIC di Cameron Highlands.

Atas semangat BN, Kayveas sanggup galas tugas sebagai 'wakil rakyat tanpa watikah' di kawasan tersebut semata-mata mahu pastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan baik.

Ini kerana MyPPP dan Kayveas perasan bahawa jentera dari parti wakil rakyat terdahulu kurang  prihatin selepas Ahli Parlimen mereka tidak lagi bersama parti itu.

Justeru itu, dari segi keadilan dan hak serta berpandukan kepada prinsip 'WINNABLE CANDIDATE', Kayveas adalah calon paling terbaik buat BN jika kerajaan masih mahu berkuasa di sini. - KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment