Kerusi Cameron Highlands : Majoriti 462 Undi Pada PRU13, MIC Tak Ambil Iktibar?

Share on Google Plus




PADA 17 Mac lalu, pemimpin tertinggi MIC mengeluarkan kenyataan yang amat terdesak apabila dikatakan sedang menunggu pengumuman nama calon MIC di Parlimen Cameron Highlands.


Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka kini cuma menunggu arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum berbuat demikian.


Inilah perangai MIC yang harus disedari oleh kepimpinan utama dalam Barisan Nsional. Mereka (MIC) hanya sibuk mahu menjadi calon di kerusi berkenaan, namun tidak pernah sibuk untuk menggerakkan jentera mendekati rakyat.


Maka tidak hairanlah kenapa MyPPP amat bersemangat dan konsisten mahukan presidennya, Tan Sri M Kayveas diangkat menjadi calon di parlimen itu.


Bukannya mereka (MyPPP) iri hati atau cemburukan MIC, tetapi MyPPP penuh sedar bahawa, rakyat di Cameron Highlands sudah memendam rasa selesa bersama MyPPP sejak 3 hingga 4 tahun ini.


Ya, memanglah MIC merupakan pemilik kerusi tradisi itu. Namun corak pemikiran dan mood rakyat di sana telah berubah.


Jika tidak, masakan Ahli Parlimen Cameron Highlands yang dulu merupakan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hanya mampu menang dengan majoriti sebanyak 462 undi sahaja semasa PRU13?


Apatah lagi selepas G. Palanivel dipecat dari MIC, difahamkan jentera MIC Cameron Highlands tidak langsung bergerak mendekati rakyat.


Hanya kelibat M Kayveas sahaja dirasai dan disedari oleh rakyat setempat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Justeru itu, apa motif utama MIC dengan tanpa rasa segan silu mahu menunggu dan memaksa Pengerusi BN menyebut nama calon MIC bertanding di parlimen berkenaan?


Apakah MIC cuba untuk mensabotaj BN di parlimen berkenaan atau cuba untuk menjatuhkan hayat politik M Kayveas serta MyPPP dalam BN? - KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment