Maryam Lee : Muslimah Yang Takut Untuk Londehkan Tudung, Hubungi Saya | KAKI PALU

Maryam Lee : Muslimah Yang Takut Untuk Londehkan Tudung, Hubungi Saya

Share on Google Plus




Maryam Lee khabarnya sedang menawarkan bantuan sokongan moral kepada gadis-gadis yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung namun, tersekat dengan ketakutan dan stigma.


Mantan Muslimah bertudung tersebut dikhabarkan mengumumkan seruan itu di laman media sosial Twitter miliknya baru-baru ini.


Maryam Lee berkata, “Saya menawarkan telinga saya untuk gadis-gadis yang dalam proses untuk menjadi mantan orang yang memakai tudung tetapi masih lagi ragu-ragu atau dilemahkan oleh ketakutan dan stigma. Hubungilah saya bila-bila masa, kita boleh bincang perjalanan pembebasan kita bersama.'”




Sebelum ini, beliau pernah membayangkan harapannya bahawa suatu hari nanti akan wujudnya satu gerakan feminisme untuk melondehkan hijab kaum wanita, meskipun dengan nada berseloroh.


Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, pejuang kempen Undi Rosak itu berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja saudara dalam iman, juga saudara saya dalam ‘sisterhood of unveiling women’! Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha. Tetapi suatu hari nanti ia mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?”


Tulang belakang Projek Dialog itu sendiri telah membuat keputusan untuk menanggalkan tudungnya ketika berusia 25 tahun setelah memakainya semenjak kecil lagi, dan mendakwa menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarganya sendiri jika didapati beliau tidak memakai tudung.


“Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.” 


“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” tegas beliau.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment