Menara TRX: Anda Perlu Tahu Fakta Ini | KAKI PALU

Menara TRX: Anda Perlu Tahu Fakta Ini

Share on Google Plus





KENYATAAN AKHBAR

MKD SIGNATURE SDN BHD

RE: MENARA TRX

1. Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) ingin mengesahkan bahawa ia telah bersetuju dengan The Mulia Group untuk bersama-sama membangunkan menara Exchange 106 di TRX (“Menara TRX”) yang mana pembinaannya dijangka siap pada separuh kedua 2018. MOF Inc, melalui anak syarikat milik penuhnya, MKD Signature Sdn Bhd ("MKD") telah mengambil alih 51% pegangan saham di Mulia Property Development Sdn Bhd pada Julai 2017.

2. Mulia Property Development Sdn Bhd ("Mulia"), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia mempunyai modal saham berbayar sebanyak RM500,000.00 dan dimiliki secara bersama oleh The Mulia Group (49%) dan MKD (51%). Kos pembangunan Menara TRX akan ditanggung oleh kedua-dua pemegang saham ini berdasarkan perkadaran saham mereka dalam JV berdasarkan kos asal pembangunan.

3. MKD telah membuat perjanjian dengan Bank HSBC untuk ‘standby line’ untuk membiayai kos pembinaan berkadar sebanyak 51% tanpa sebarang premium tambahan oleh syarikat JV.

4. Untuk mengingatkan semula, pada Mei 2015, Mulia Property Development Sdn Bhd telah membeli 3.42 ekar tanah TRX dengan harga RM665 juta daripada TRX City Sdn Bhd. Jualan tanah TRX kepada Mulia telah dilakukan secara komersil tanpa diskaun yang diberikan kepada Mulia.

5. Penyertaan MOF Inc dalam pembangunan Menara TRX, yang telah dipersetujui pada permulaan, hanya akan berlaku apabila projek itu telah mencapai tahap pembangunan tertentu. Lokasi strategik Menara TRX dan sifat pembangunan yang ikonik memberi dorongan kuat untuk MOF Inc untuk turut serta dalam pembangunan dan pengurusan menara itu. Dengan keseluruhan kawasan pembangunan TRX dijangka untuk mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM40 bilion, maka adalah penting bagi MOF Inc untuk memastikan ia mempunyai satu lagi kedudukan strategik dalam kemajuan dan kejayaan pembangunan TRX.

6. Menara TRX akan mempunyai Nett Lettable Area sebanyak 2.8 juta kaki persegi. Setelah selesai, menara itu akan menjadi salah satu daripada tiga struktur ikonik Malaysia, selain Menara Berkembar PETRONAS dan Merdeka 118 Permodalan Nasional Berhad (PNB). Menara TRX juga bakal menjadi bangunan ke-15 tertinggi di dunia apabila ia siap.

7. Yang penting, ini bukanlah satu-satunya perkongsian strategik oleh MOF Inc di kawasan pembangunan TRX. MOF Inc sebenarnya telah membuat perkongsian dengan Lendlease (Australia) untuk membangunkan Lifestyle Quarter, sebuah kawasan pembangunan untuk kegunaan campuran berukuran 17 ekar dalam TRX dengan struktur ekuiti sebanyak 60% yang dimiliki oleh Lendlease dan MOF Inc memiliki baki 40%.

8. Penyiapan Menara TRX akan berfungsi sebagai pemangkin bagi pembangunan dan pembinaan plot komersil di dalam TRX. Pertubuhan-pertubuhan yang bereputasi seperti HSBC, Prudential Insurance, Affin Bank Berhad, Tabung Haji, Landlease (Australia) telah komited untuk mengambil plot komersil dalam TRX dan rundingan sedang dijalankan untuk organisasi antarabangsa lain untuk turut serta. Menara TRX akan menjadi kejayaan besar untuk peranan sinergi Tun Razak Exchange dalam meletakkan keunggulan Malaysia yang semakin dikenali dalam dunia kewangan global.


MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment