Tanah Ijok: Chegubard Tampil Beri Bukti Lagi | KAKI PALU

Tanah Ijok: Chegubard Tampil Beri Bukti Lagi

Share on Google Plus





Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin semalam sekali lagi tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi menyerahkan bukti tambahan berkaitan isu pampasan untuk peneroka tanah di Ijok, Selangor.



Beliau menggesa SPRM untuk segera mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri Selangor yang didakwa terlibat dalam beberapa skandal rasuah.



"Hari ini saya tampil menyerahkan semula beberapa dokumen lama dan baru yang sewajarnya SPRM tidak ada alasan lain untuk bertindak," katanya yang ditemui media selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor.



Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini pernah menyerahkan dokumen 300 muka surat berkaitan kontroversi sama kepada SPRM pada Ogos tahun lalu.



Namun Chegubard hairan dengan sikap SPRM yang tidak melakukan siasatan walaupun bukti sudah diberi kepada mereka.



Beliau sebelum ini sudah beberapa kali tampil memberi bukti dan dokumen kepada SPRM mengenai skandal rasuah yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.



"Apa sudah jadi dengan kes penukaran status tanah Paya Indah sehingga mengorbankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara menjadi kawasan pebangunan yang mana saya buktikan wujud peranan proksi Azmin Ali dalam melobi perkara tersebut bagi pihak syarikat pemaju?



"Apa dah jadi dengan serbuan dan dokumen bukti kes berkaitan Jana Niaga-Unisel dan MBI?



"Apa sudah jadi dengan skandal tanah Sg.Yu yang mana bukan sahaja diperolehi oleh penyokong Azmin tidak layak mana antara senarai penerima ialah individu yang tak wujud dan diberi kepada no KP palsu?



"Apa sudah jadi dengan kes anak buah Azmin yang ditahan bersama jutaan ringgit?



"Kenapa tiba-tiba SPRM lembab?", soal beliau.



Tanah seluas 880 hektar itu dibeli dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998.



Namun selepas itu, ia dirampas kerajaan Selangor ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.



Walau bagaimanapun, selepas kerajaan negeri diambil alih Datuk Seri Azmin Ali, beliau menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat pemaju terbabit.



Dua pemaju itu kemudiannya menjual tanah itu dengan harga RM1.18 bilion kepada pihak ketiga.



Selain itu, beliau menggesa SPRM menyiasat Pengarah Syarikat LBCN Developement Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mempunyai kaitan dalam transaksi pembelian tanah itu.



"Khairuddin Hassan harus dipanggil ke SPRM bagi memeriksa kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung beliau dalam kes skandal ini kerana sememangnya wujud dokumen tandatangannya selaku pengarah di dua syarikat yang dikatakan kerajaan negeri sebagai kroni Umno," katanya.



Chegubard turut menyerahkan bukti baru bahawa berlaku penyelesaian luar mahkamah antara kerajaan Selangor dan dua syarikat yang didakwa kroni Umno itu.



-na-



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment