Video "Hujan Emas" Sebenar Turun Di Lapangan Terbang Yakutsk Siberia | KAKI PALU

Video "Hujan Emas" Sebenar Turun Di Lapangan Terbang Yakutsk Siberia

Share on Google Plus




SIBERIA – Sebuah landasan di Rusia dipenuhi dengan emas dan perak.

Ia berlaku apabila kargo yang membawa logam berharga itu jatuh dari pesawat.

Insiden itu berlaku apabila pesawat jenis Antonov berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang Yakutsk di Siberia.

Tanpa disedari, pintu kargo pesawat terbuka.

Ini menjadikan hampir 200 batang emas dari Tambang Kupol, di Chukotka, Rusia, jatuh ke Bumi seperti hujan.

“Ketika berada di ketinggian, pintu kargo pesawat itu rosak kerana berat muatan dan beberapa barang yang dibawa itu berselerak di landasan,” kata pernyataan Jawatankuasa Penyelidikan Rusia yang dikeluarkan oleh Telegram.

Pesawat Rusia kemudiannya diminta mendarat semula.

Sehubungan itu, polis segera menutup kawasan tersebut untuk menghalang penduduk tempatan daripada mengambil keuntungan daripada “hujan emas” tersebut.

Tiada Hilang Emas

Kupol Mine adalah syarikat yang dikendalikan oleh syarikat perlombongan Kanada, Kinross Gold.

Setakat ini dilaporkan bahawa tiada emas yang hilang dalam kejadian itu. “Semua muatan telah diambil, tiada apa yang hilang,” kata jurucakap Rusia Kinross Gold, Stanislav Borodyuk.

Beliau berkata, emas itu adalah dore, campuran semulajadi emas dan perak.

Sementara itu, menurut penyiasat, “hujan emas” kemungkinan disebabkan penempatan kargo yang tidak stabil.






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment