12 Tahun Tunggu, Akhirnya Dukun Muncul Di Pawagam | KAKI PALU

12 Tahun Tunggu, Akhirnya Dukun Muncul Di Pawagam

Share on Google Plus




Filem kontroversi yang dikatakan mendapat ilham daripada kisah benar, Dukun akan ditayangkan di seluruh negara, mulai Khamis ini selepas hampir 12 tahun terperap.

Berita itu diumumkan penerbitnya melalui entri pada Instagram yang disertai poster dan treler filem seram berkenaan yang dibintangi pelakon utama, Datin Seri Umie Aida sejak kelmarin.

Dukun mengisahkan seorang ahli politik, Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramlie yang meminta khidmat Diana (Umie Aida) menjadikan dirinya kebal selain mahu kerjaya politiknya cerah.

Selain Umie dan Adlin, barisan pelakon yang memantapkan kisah mendebarkan itu termasuk Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana dan Faizal Hussein.

Selepas filem Dukun arahan Dain Said siap pada 2006, penerbit dikatakan berdepan masalah menayangkan karya terbabit. Antara faktor yang dikatakan menghalang Dukun ditayangkan termasuk babak ganas selain menyentuh sensitiviti pihak tertentu.

Dukun yang dihasilkan pada kos kira-kira RM2.8 juta sepatutnya dapat ditonton pada Disember 2006. Namun, tarikh itu dianjak ke Mac tahun berikutnya hinggalah tertunda beberapa kali.

Rentetan itu, timbul dakwaan Dukun diharamkan Lembaga Penapis Filem (LPF). Namun, pihak terbabit mengesahkan tidak pernah mengharamkan filem berkenaan.

Dukun dikatakan sudah mendapat kelulusan pada 8 Mac lalu dan diletakkan di bawah klasifikasi P13 atau penonton yang melebihi usia 13 tahun.

Bagaimanapun, wakil penerbit iaitu Astro Shaw, enggan memberikan butiran lanjut mengenai tayangan filem ini.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment