6 Orang Anak Tak Sah Taraf Lahir Setiap Sejam | KAKI PALU

6 Orang Anak Tak Sah Taraf Lahir Setiap Sejam

Share on Google Plus




Setiap sejam seramai 6 orang anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dilahirkan di negara ini dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semenjak 10 tahun lalu bermula daripada tahun 2005 hingga 2015.


Demikian menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Dato’ Noor Aziah Haji Mohd Awal. Menurutnya, kadar kelahiran dalam tempoh 24 jam adalah seramai 147.8 orang dan mencapai 4,434.6 orang dalam tempoh sebulan dan yang lebih memeranjatkan jumlah angka ini dilihat begitu besar melebihi setengah juta orang dalam tempoh satu tahun dengan bilangan angka statistiknya sebanyak 532,158 kelahiran.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sejurus selesai majlis Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 dengan kerjasama NGO-NGO Islam dan Menara.my di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.


Menurut beliau, “Kadar kelahiran yang disebutkan ini adalah berasaskan statistik dari JPN sendiri dan JPN juga ada mengeluarkan data berkenaan dan jika dibahagikan memang itulah jumlahnya.”


“Saya sendiri pernah membuat kajian pada tahun 2011 “Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia” dan pada masa itu kadarnya ialah setiap satu jam 3 anak tak sah taraf lahir.”


“Kadar itu terus meningkat sebanyak 3 orang menjadikan setiap sejam 6 orang anak tidak sah taraf dilahirkan menjelang 2015 dan amat dikhuatiri jumlah berkenaan terus meningkat menjelang tahun 2020 jika tidak terus dibendung dari sekarang,” katanya.


“Saya dan rakan-rakan ingin mengembalikan keluarga berlandaskan Islam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang kukuh dan terus berdaulat bersama akidah yang mantap,” komen beliau tentang kerja yang dijalankan oleh MPWIM.


“Sebenarnya saya agak terkejut dibariskan dengan tokoh ternama kerana merasakan saya hanya Pengerusi MPWIM sahaja, mana tidaknya orang tak kenal pun saya tetapi tugas kami di MPWIM amat penting dalam mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara,” katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment