Akta Berita Palsu Boleh "Bersihkan" Nama Muhyiddin | KAKI PALU

Akta Berita Palsu Boleh "Bersihkan" Nama Muhyiddin

Share on Google Plus




Sejak nama Tan Sri Muhyiddin Yassin dikaitkan dengan seorang wanita, Nika Gee Siew Yee, beliau telah berdiam diri. Walaupun didesak banyak pihak termasuk Jaringan Mela­yu Malaysia (JMM) yang telah membuat laporan dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)pada Februari tahun lepas, namun tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Muhyiddin.

Bukan itu sahaja, bekas exco Armada Parti PBM, Muhammad Hafiz Azhar turut meminta Muhyiddin menjawab tuduhan tersebut, namun beliau memilih untuk mengundi mulut.

Skandal tersebut menjadi sebutan apabila pada tahun lepas, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today telah menyiarkan akuan bersumpah bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Agustin yang mendakwa wujud hubungan sulit isterinya dengan Muhyiddin.

Stanley mendakwa Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor.

Berikutan itu, Muhyiddin telah dicabar untuk memfailkan saman Stanley dan bekas isterinya kerana membabitkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

Atas sebab itu, menerusi Rang Undang-undang Akta Antiberita Tidak Benar, ia akan membantu Muhyiddin membersihkan namanya daripada dakwaan skandal tersebut sekali gus menunjukkan bahawa akta berkenaan, jika diluluskan akan memberikan manfaat kepada pembangkang.

Jika Muhyiddin merasakan berita mengenai dakwaan hubungannya dengan Nika itu tidak benar maka beliau boleh menggunakan akta terbabit untuk mendakwa pihak-pihak berkenaan.

Menerusi rang undang-undang tersebut, mahkamah boleh memerintahkan orang yang di­sabitkan kesalahan untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang disentuh oleh perlakuan kesalahan itu.

Selain rakyat Malaysia, rang undang-undang tersebut juga terpakai kepada warga asing jika didapati mereka menyebar berita tidak benar sama ada di dalam negara atau di luar negara ini.

Berdasarkan kepada rang undang-undang itu, mana-ma­na orang yang secara langsung atau tidak langsung menyediakan bantuan kewa­ngan bagi tujuan mengadakan, menawarkan, menerbitkan berita ti­dak benar juga boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Jadi kepada Muhyiddin, gunakanlah akta itu, apabila diluluskan kelak untuk membersihkan namanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment