'Persepsi Bukan Bukti Kait Najib Dengan Isu 1MDB' – Pemimpin DAP | KAKI PALU

'Persepsi Bukan Bukti Kait Najib Dengan Isu 1MDB' – Pemimpin DAP

Share on Google Plus




Bekas Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw, mengulangi pendiriannya, bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menyebut pembabitan Datuk Seri Najib Razak, dalam isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, menegaskan laporan setebal 106 muka surat tidak pernah menuding jari kepada Perdana Menteri dalam salah laku 1MDB.


Ketika ditanya sama ada laporan PAC menyentuh Najib terbabit dalam laporan itu, beliau menjawab: "Ia tidak dinyatakan".


"Mengikut prinsip undang-undang negara, kita perlu mengemukakan bukti untuk menunjukkan seseorang terbabit dalam salah laku.


"Mengikut prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, pentadbiran dan undang-undang, hanya hakim mahkamah boleh membuat keputusan, sama ada seseorang itu didapati bersalah atau tidak. Itu bukan hak saya atau anda," katanya ketika dihubungi oleh NSTP baru-baru ini.


Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang disifatkannya hanya bergantung kepada laporan oleh portal dalam talian, Sarawak Report, berhubung bukti yang menuding jari kepada Najib kononnya terbabit dalam isu 1MDB.


"Persepsi bukanlah bukti. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.


"Dalam terma undang-undang, seseorang individu perlu disiasat dengan lebih lanjut untuk mengetahui perkara yang berlaku. Kita tidak boleh hanya menyatakan Najib bersalah," katanya.


Pada 8 April 2016, Dr Tan dilaporkan berkata, Najib tidak seharusnya  dipertanggungjawabkan dalam isu 1MDB. Beliau berkata demikian kerana Perdana Menteri tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.








Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment