Rawi Hamid Akan Cabar Tun Mahathir Di Parlimen Langkawi? | KAKI PALU

Rawi Hamid Akan Cabar Tun Mahathir Di Parlimen Langkawi?

Share on Google Plus



SEMINGGU sebelum tarikh penamaan calon PRU14 berlaku, suasana di Pulau Lagenda Mahsuri berubah wajah. Dalam kesamaran Biru Tua dan Biru Muda, ditampah perencah pula terselit hijau 'Bulan Purnama', penduduk Langkawi riuh memperkatakan tentang sebuah nama yang tidak asing lagi.

Dato' Haji Mohd Rawi Bin Haji Abdul Hamid telah disebut-sebut bakal menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen P.004 Langkawi. Sekali gus beliau akan menentang seorang calon yang bukan calang-calang anak, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.

Nama Mohd Rawi mula disebut selepas selesainya Majlis Pelancaran Manifesto BN Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.

Sehari selepas itu, Mohd Rawi dilaporkan telah dipanggil untuk ke PWTC, Kuala Lumpur manakala penyandang iaitu Datuk Ir Haji Nawawi Bin Haji Ahmad pula dilaporkan hanya berada di sekitar Alor Setar, Kedah.

Mohd Rawi merupakan ADUN Ayer Hangat selama 2 penggal dan sekarang telah diberi kepercayaan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah sejak anak Dr Mahathir menjadi Menteri Besar lagi.

Khidmat Mohd Rawi diteruskan oleh Menteri Besar semasa iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang difahamkan dipersetujui oleh pihak Istana.

Selain fasih dalam 5 bahasa, Mohd Rawi juga dikatakan amat rapat dengan Istana Anak Bukit di Alor Setar.

Daripada desas desus ini, ramai memberitahu bahawa penerimaan rakyat terhadap Mohd Rawi adalah positif dan berkemungkinan besar Dr Mahathir akan mengalami laluan sukar untuk menang.

Ir Haji Nawawi pula dikatakan bakal bertanding di kerusi DUN Ayer Hangat yang mana merupakan kawasan diwakili Mohd Rawi sekarang ini.

Manakala seorang lagi wakil rakyat di pulau itu adalah Nor Saidi Haji Nanyan. Wakil rakyat muda itu dengar khabar akan terus kekal menjadi calon BN bagi kawasan DUN Kuah yang dimenangginya pada PRU13 lalu.

Bagaimanapun desas desus ini akan terjawab semasa majlis pengumuman calon BN Kedah yang akan berlaku pada 24 April 2018, Selasa di Seri Mentalon, Alor Setar. - KAKI PALU



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment