Satu 'Kesilapan' Besar Buat MyPPP Tanding Di Segambut | KAKI PALU

Satu 'Kesilapan' Besar Buat MyPPP Tanding Di Segambut

Share on Google Plus



Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas sekali lagi menegaskan adalah satu ‘kesilapan’ besar untuk parti itu menerima kerusi Parlimen Segambut yang ketika ini kemenangannya hanya samar-samar.

Menurut Kayveas, tindakan menerima kerusi yang begitu sukar untuk dimenangi dan didominasi oleh DAP bukannya tindakan bijak, terutama apabila parti berada di ambang krisis.

“Saya sejak awal lagi telah menolak pelawaan kerusi Parlimen Segambut sebagai ganti Cameron Highlands. Untuk myPPP, kita tidak berikan kerusi yang banyak. Mungkin satu sahaja.

“Peluang untuk kita bertanding dan menang besar adalah di Cameron Highlands, itu juga kerana hasil kerja keras kita selama empat tahun kebelakangan ini. Jika menang, banyak lagi perkara yang myPPP boleh lakukan.

“Jika dari awal lagi kerusi Segambut diberikan kepada kita, mungkin usaha yang di taburkan di Cameron Highlands kita sudah curahkan di sini. Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat apatah lagi seandainya itu adalah kubu kuat pihak lawan?

“Tetapi pada masa yang sama, saya tidak akan menahan atau melarang sesiapa dari myPPP untuk bertanding di Segambut dan ternyata Datuk Loga Bala berminat. Saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Ianya terpulang, tetapi ini bukan keputusan saya atau parti,” katanya memetik laporan media semalam.

Loga Bala yang merupakan Naib Presiden myPPP menerima tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Segambut menentang Penyandang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dari DAP.

Sebelum ini, penyandangnya Lim Lip Eng yang menang besar di Segambut kini berpindah ke Kepong setelah calon veteran popular DAP, Tan Seng Giaw digugurkan.

Loga Bala yang juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu temuramah baru-baru ini berkata, sudah tiba masanya untuk masyarakat India di Kuala Lumpur mempunyai wakil di Parlimen dan tidak kisah sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment