4 Fakta Tentang Hutang Negara | KAKI PALU

4 Fakta Tentang Hutang Negara

Share on Google Plus



Oleh : Ayman Rashdan Wong

Tengok timeline penuh dengan ulasan tentang hutang negara, dari ulasan pakar hingga ulasan macam pakar hingga ulasan kalah pakar. Tangan den pun terasa gatal nak tulis, tapi memandangkan ini bulan Ramadan, jadi usahlah menimbulkan perbalahan.

Cuma, sebelum berbincang dan berdebat berkenaan hutang negara, ada beberapa konsep asas yang perlu difahami.

Yang pertama, konsep hutang negara itu sendiri. Ada perbezaan tau antara hutang negara (national debt), hutang kerajaan (government debt) dan hutang luar (external debt). "National debt" mengambil kira hutang kerajaan dan juga hutang swasta, termasuk hutang isi rumah (household debt), jadi angkanya sentiasa lebih besar. Begitu juga dengan "external debt", bahagian swasta lebih besar berbanding bahagian kerajaan. Jadi jangan salahkan kerajaan apabila national debt dan external debt tinggi.

Yang kedua, konsep debt-to-GDP ratio. Nak tahu hutang tu samada besar atau tidak, tak boleh ukur dalam nilai semata-mata. Hutang 1 trilion bagi sebuah negara yang menjana pendapatan 100 trillion adalah sap sap sui, tapi hutang 1 trilion bagi sebuah negara yang menjana pendapatan 500 juta adalah over. Jadi kita kena ukur pakai debt-to-GDP ratio iaitu nisbah hutang kepada pendapatan negara (GDP). Nilai hutang didarab 100 pastu dibahagi nilai GDP. Selalunya negara-negara maju debt-to-GDP sangat tinggi: Jepun cecah 200%, Singapura cecah 110% (kalau external debt-to-GDP cecah 400%). Yang debt-to-GDP rendah biasanya negara mundur atau negara pengeluar minyak. Kenapa ya?

Yang ketiga, konsep hutang kerajaan. Kalau hutang isi rumah atau hutang peribadi ni kita tahu ia berbentuk pinjaman (loan) daripada bank atau Ah Long. Kalau gagal bayar ansuran bank akan tarik kereta lelong rumah, Ah Long akan simbah cat kutip orang. Tapi hutang kerajaan kebanyakan bukan dalam loan tapi bon (bond). Untuk bon, kerajaan hanya perlu bayar bunga je, nilai mukanya hanya dilangsaikan selepas tempoh kematangan, biasanya dalam 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Bon ini dijadikan sebagai bahan pelaburan disebabkan ada jaminan kerajaan. Kebanyakan bon dijual kepada pelabur tempatan seperti KWSP dan KWAP, makna kata, pusing-pusing sebenarnya kerajaan berhutang dengan "sendiri". Nampak?

Yang keempat, konsep sectoral balance. Bon akan dicatat sebagai aset bagi syarikat swasta yang membeli bon. Jadi liabiliti kerajaan = aset swasta. Dia macam mirror image. Tu sebabnya percubaan untuk mengurangkan hutang/defisit kerajaan secara drastik akan memberi kesan negatif kepada sektor swasta. Kerajaan seolah-olah mencabut duit keluar dari sektor swasta dan ia akan mengundang krisis kecairan (liquidity crisis) yang membawa kepada krisis kewangan.

Kalau tak faham konsep-konsep asas ini, segala perbincangan berkenaan hutang negara hanyalah lagha yang sia-sia. Janganlah kita buat perkara yang sia-sia kerana ia disukai syaiton.

*Bab makroekonomi den taqlid kepada mazhab Post-Keynesian (ulamanya terdiri daripada Randall Wray, Warren Mosler, Bill Mitchell, Stephanie Kelton). Mereka berpendapat "deficit spending" akan memajukan ekonomi manakala "austerity measures" akan merencatkan ekonomi. Lain kalilah den cerita, tengah lapar ni.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment