"Aku Yang Lalang Ko Yang Panas" | KAKI PALU

"Aku Yang Lalang Ko Yang Panas"

Share on Google Plus



Masuk hari kelima negara kini dibawah pemerintahan kerajaan baharu yang mana pucuk pimpinannya diterajui semula oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kisah politik dan keputusan PRU14 yang lalu masih lagi menjadi bualan hangat ramai termasuklah mengenai sebilangan selebriti yang didakwa cepat bertukar arah dan fahaman politik apabila memberi sokongan kepada kerajaan sekarang (Pakatan Harapan). Sedangkan sebelum ini mereka bersungguh-sungguh menyokong parti Barisan Nasional sehingga ada yang menggelarkan segelintir penggiat seni sebagai 'lalang'.

Tidak terkecuali, personaliti fesyen Wak Doyok yang sebelum ini merupakan ahli Umno Bahagian Taman Tun Dr Ismail turut menerima kecaman daripada netizen ekoran tersebar di laman sosial gambarnya bersama beberapa artis lain ketika dalam satu pertemuan bersama Tun M yang diadakan beberapa hari lalu.

Selain bergambar bersama Tun M, turut dimuat naik foto swafoto kenangan Wak bersama bekas isteri perdana menteri Najib Razak iaitu Rosmah. Foto-foto tersebut tular di laman Facebook sejak 13 Mei lalu.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram miliknya, Wak Doyok memuat naik status seolah-olah menyindir semula netizen yang mengutuknya. Tambah mengundang perhatian, kenyataannya turut disertakan #AkuYangLalangKoYangPanas

.

 Apa macam suke kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas y bodar y bodar. #Airlalangmemangsedapdiminum," tulisnya.Apa macam suke kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas y bodar y bodar. #Airlalangmemangsedapdiminum," tulisnya.

Sementara itu, menerusi laporan MH online, Wak menjelaskan tidak timbul soal 'lalang' kerana baginya, dia hanya boleh memberikan sokongan setakat mana termampu.

"Sebelum ini pun, saya ada berjumpa dengan Tun di pejabat Yayasan di Putrajaya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Cuma sebagai ahli perniagaan, saya tidak boleh terlalu expose dengan politik.

"Mana yang termampu saya hanya sokong daripada belakang sajalah. Tetapi kita bukan jens nak 'tweet' dan sebagainya," jelas Wak.

Pelakon Abang Long Fadil 2 ini juga berkata dia positif dan cuba bertenang memandangkan dia pernah menerima kritikan dan kecaman yang lebih teruk lagi sebelum ini.



-mD



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment