Anwar Ibrahim Kembali Bebas! | KAKI PALU

Anwar Ibrahim Kembali Bebas!

Share on Google Plus




Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pagi ini.


Ketua Umum PKR itu dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras.


Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul ‘Izzah.


Ketika dibebaskan, Anwar sempat melambai kepada penyokong dan pengamal media sebelum meninggalkan hospital tersebut sembilan minit kemudian.


Beliau dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.


Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment