Arul Kanda: 1MDB Tak Pernah Pindah 1 Sen Pun Ke Akaun PM | KAKI PALU

Arul Kanda: 1MDB Tak Pernah Pindah 1 Sen Pun Ke Akaun PM

Share on Google Plus




KUALA LUMPUR: 1MDB tidak pernah memindahkan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“1MDB tidak pernah memindahkan walau 1 sen pun ke dalam akaun peribadi perdana menteri,” katanya dalam satu sesi penjelasan secara langsung bersama Presiden 1MDB di laman Facebook, Friends of BN semalam.

Arul Kanda turut menjelaskan isu pemindahan RM2.6 bilion merupakan antara soalan panas yang sering ditanya kepadanya sepanjang sesi ceramah umum yang dianjurkan bagi menjelaskan isu berkaitan 1MDB.

“Sejak saya mengambil alih jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB pada Januari 2015, saya telah membuat ceramah dan roadshow pada masa itu dan membuat temuramah dengan media tempatan dan antarabangsa seperti BBC News, Bloomberg TV, Financial Times dan sebagainya, ini bukan perkara baru,” jelasnya.

Katanya, berdasarkan penjelasan yang diberikan sepanjang sesi ceramah umum, pemahaman masyarakat berhubung isu ini semakin jelas.

Bagaimanapun, katanya, sejak awal tahun ini, pembangkang membuka semula cerita 1MDB dan mengitar semula berita lama yang sebenarnya sudah tiada isu.

“Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB mengambil keputusan mengadakan roadshow supaya setiap persoalan yang dikemukakan rakyat mengenai isu itu terjawab. Sehingga hari ini, saya sudah mengadakan sesi penerangan di 30 lokasi di seluruh negara.”

Selain siri jelajah, penerangan berkaitan 1MDB dibuat menerusi laman sesawang www.arulkanda.com yang menghimpunkan artikel, blog, temuramah dan video ringkas penjelasan Arul Kanda berhubung isu 1MDB.

“Isu 1MDB ini sebenarnya adalah isu perniagaan, bagaimanapun ianya sudah dipolitikkan.”

Sementara itu, mengulas status hutang negara, Arul Kanda berkata, rakyat harus membandingkan kadar hutang negara dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi mendapat gambaran sebenar.

Jumlah hutang kerajaan persekutuan pada hujung 2017 adalah RM686.8 bilion atau 50.8% daripada KDNK dan ini lebih rendah daripada negara lain.

“Kerajaan mempunyai keupayaan untuk membayar hutang tersebut, di samping mempunyai polisi untuk mengurangkan jurang pendapatan negara dan kadar hutang negara,” tambahnya.



- Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment