“Cadangan Gugur Kes Guan Eng Merupakan Satu Bentuk Campur Tangan Politik” | KAKI PALU

“Cadangan Gugur Kes Guan Eng Merupakan Satu Bentuk Campur Tangan Politik”

Share on Google Plus




Sebarang cadangan untuk menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guang Eng merupaksan satu bentuk campurtangan politik ke atas sistem perundangan negara.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah lebih baik sekiranya proses undang-undang dihormati dan diikuti dalam kes yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

“Kedua-dua institusi iaitu Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman perlu dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang campurtangan.

“Sekiranya ahli politik mula memberi arahan terhadap institusi terbabit maka ia tidak ada beza dengan keadaan dahulu iaitu ketika kami dituduh melakukan campur tangan politik,” kata Lian Ker dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Justeru MCA mendesak agar Pakatan Harapan menjadi sebuah kerajaan yang telus dan membendung sebarang campurtangan dan tekanan politik terhadap institusi terbabit dalam melaksanakan tugas dan menegakkan undang-undang.

Mahkamah Tinggi Georgetown  menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira permohonan pihak peguam kedua-dua tertuduh yang mahu menjalankan proses representasi ke atas kes berkenaan.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment