Cerai Lepas Kahwin 15 Minit [VIDEO] | KAKI PALU

Cerai Lepas Kahwin 15 Minit [VIDEO]

Share on Google Plus





DUBAI – Seorang lelaki di Dubai nekad menceraikan isterinya yang baharu dikahwininya selama 15 minit.

Keputusan itu dibuat selepas lelaki tersebut berasa ‘terhina’ dengan tuntutan hantaran oleh bapa mentuanya.

Ketika kejadian itu, pengantin lelaki tersebut menyerahkan hantaran 50,000 dirham (RM54,160) seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dan baki wang tersebut akan diberikan selepas majlis meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimanapun, bapa pengantin perempuan tidak sabar dan terus mendesak supaya dia memberikan kesemua wang 100,000 dirham (RM108,320) tersebut.

Lelaki terbabit berasa terhina dengan perbuatan bapa mertuanya dan dia bertindak menceraikan wanita itu di hadapan seluruh keluarga dan rakan mereka.

Sebelum ini, perkahwinan terpendek dalam sejarah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung selama beberapa saat.

Kejadian pada 2012 itu berlaku apabila pengantin lelaki berang selepas bapa mentuanya meminta supaya anaknya dibenarkan untuk terus bekerja. – Daily Mail/mStar Online







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment