GST Mula Lonjak Ekonomi Saudi Jadi Lebih Baik – IMF | KAKI PALU

GST Mula Lonjak Ekonomi Saudi Jadi Lebih Baik – IMF

Share on Google Plus



RIYADH – Ketika Malaysia kembali ke belakang dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini, ekonomi Arab Saudi pula berkembang positif hasil sistem percukaian itu.

Akhbar berpengaruh tempatan, Arab Newssemalam melaporkan bahawa pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) ala GST dengan kadar lima peratus mulai 1 Januari lepas mula memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Cukai kepenggunaan itu yang turut dilaksanakan di 160 buah negara kerana telus dan gagal ditiriskan peniaga tidak jujur, malah menyelamatkan ekonomi Arab Saudi daripada hanya bergantung pendapatan kepada sumber minyak.

Perkara itu bahkan disahkan pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) diketuai Tim Callen dalam pertemuan dengan para pegawai Arab Saudi di sini baru-baru ini yang terkejut dengan data pertumbuhan ekonomi negara itu.

Hasil perjumpaan tersebut, Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Abdullah Al-Jadaan mengakui yang negara terbesar Asia Barat itu kini berada di landasan tepat pemulihan ekonomi sejajar pelan tranformasi Wawasan 2030.

Pada masa sama, visi belanjawan 2018 kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan segala subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tidak lagi bergantung kepada sumber minyak.

Pengeksport petroleum terbesar di dunia itu bertindak menaikkan harga jualan runcit minyak sekitar seganda awal tahun ini sebagai antara inisiatif reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonomi.

IMF dalam nota laporannya memaklumkan, pengenalan VAT di Arab Saudi, yang sebenarnya dipelajari daripada kisah kejayaan pengalaman GST di Malaysia sendiri; kini mengukuhkan budaya pengurusan percukaian lebih cekap.

Awal bulan ini, Kementerian Kewangan Arab Saudi menerbitkan laporan fiskal kewangan suku pertama 2018 yang menunjukkan pendapatan negara cecah 166 bilion riyal (RM176 bilion) naik 15 peratus berbanding rekod tahun lalu.

Sumber perolehan bukan minyak bahkan melonjak sebanyak 63 peratus kepada 52 bilion riyal (RM55 bilion) yang disumbangkan daripada pelaksanaan VAT, manakala sumber pendapatan daripada minyak hanya naik dua peratus.

IMF mengunjurkan ekonomi Arab Saudi boleh meningkat sehingga 1.7 peratus pada tahun ini selepas berada dalam angka negatif sepanjang tahun lalu, sekali gus mampu mencapai kepada bajet seimbang menjelang tahun 2023.

Limpahan ekonomi turut dijana pelbagai projek prasarana skala mega yang berimpak tinggi termasuk pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bernilai 7.2 bilion riyal (RM7.6 bilion).

Pelaksanaan VAT di Arab Saudi yang mengambil ideanya dari model Malaysia; turut menyebabkan jirannya iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman dan Qatar turut mengikut jejak sama. – Agensi



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment