Guan Eng Tidak Adil, Kata Arul Kanda | KAKI PALU

Guan Eng Tidak Adil, Kata Arul Kanda

Share on Google Plus



KUALA LUMPUR – Arul Kanda Kandasamy telah mendapatkan nasihat undang-undang berhubung fitnah dan serangan peribadi terhadapnya oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu menyifatkan Guan Eng bersikap tidak adil kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak lengkap dan tepat dalam menggambarkan bagaimana soal jawab semasa pertemuannya dengan menteri kewangan petang semalam.

“Keadaan ketika itu dan konteks jawapan saya disimpulkan begitu rupa sehingga ia menimbulkan impak yang tidak benar hingga menyebabkan saya diberi gambaran buruk.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan potensi fitnah dan serangan peribadi oleh menteri kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Arul menjelaskan beliau menyertai 1MDB pada Januari 2015 iaitu selepas syarikat itu mengalami beban hutang dan kebanyakan projek mengalami pelbagai masalah.

Ringkasnya, beliau menyertai 1MDB selepas berlaku salah laku berlaku dalam entiti tersebut seperti yang dilaporkan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Laporan Audit Negara dan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Kes itu turut disiasat oleh pelbagai agensi dan siasatan masih dijalankan ke atas 1MDB.

Antara isu yang menyelubungi pelaburan-pelaburan dana 1MDB (termasuk mereka yang bertanggungjawab bagi pelaburan asal dan pengurusan berterusan) telah dimaklumkan dari 2015 dan kemudiannya dikemaskini, bukan sahaja oleh pihak berkuasa siasatan tetapi juga lembaga pengarah dan pemegang kepentingan.

“Fokus saya adalah dalam rasionalisasi perniagaan 1MDB. Dalam pertemuan yang rujuk pada kenyataan menteri kewangan, saya telah ditanya banyak soalan, yang mana saya telah menjawab dengan jujur dan terbaik atas ingatan saya tanpa mempunyai dokumen-dokumen yang menyokong saya pada masa itu.

“Lantaran itu, saya menjawab semua soalan dengan sebaik-baiknya, dengan benar dan atas pengetahuan saya (atau ada kekurangan) dan maklumat saya disediakan oleh pegawai-pegawai 1MDB.

“Pada pandangan saya adalah tidak adil menteri mengeluarkan kenyataan, yang mana ia tidak tepat sebagaimana soalan ditanya dan dijawab,” tegas Arul.

Ujarnya, dengan pengetahuan yang ada beliau sentiasa komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan berterusan atau baru berkaitan 1MDB.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment