"Jadi Betullah Kata BN, Pakatan Akan Kurangkan Penjawat Awam Jika Berkuasa" | KAKI PALU

"Jadi Betullah Kata BN, Pakatan Akan Kurangkan Penjawat Awam Jika Berkuasa"

Share on Google Plus



ANTARA “propaganda” penyokong BN sepanjang kempen PRU14 ialah, Pakatan akan membuang ramai kakitangan awam jika dapat jadi kerajaan.  Perkara ini bagaimanapun dinafikan penyokong Pakatan, melihat kepada tak satu pun kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka berkenaan perkara tersebut sepanjang kempen berlangsung.  Adalah satu kenyataan dari Ahli Parlimen DAP, tentang membubarkan Biro Tata Negara (BTN) kalau dapat jadi kerajaan pada tahun 2015 – tapi itu DAP cakap bukan Pakatan cakap kata penyokongnya…

Malah dikeluarkan pula satu kenyataan tahun 2016 oleh seorang pemimpin utama mereka bahawa Pakatan akan mengambil semula kakitangan awam kontrak yang ditamatkan perkhidmatan jika dapat memegang kuasa selepas PRU14 – kebetulan kerajaan BN pada waktu itu heboh dituduh menamatkan ramai kakitangan awam berstatus kontrak walaupun telah dinafikan.

Sekarang Pakatan telah menjadi kerajaan persekutuan.

Hari-hari pertama pemerintahan Pakatan, beratus-ratus penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan mereka.  Lebih banyak menyusul selepas itu – atas alasan lantikan politik dan bertambah banyak lagi akan hilang pekerjaan selepas ini bila semalam diumumkan beberapa agensi kerajaan, antaranya telah lama wujud seperti BTN (1974), Seranta (1981) dan JASA (2000) – akan dibubarkan.

Semuanya dalam tempoh kurang 2 minggu.

Bercakap tentang JASA, agensi itu sebenarnya telah wujud sejak pertengahan 1960 lagi.  Bertukar nama sekali pada hujung 1960 sebelum mesyuarat kabinet kerajaan Malaysia pada Mei 2000 – yang mungkin dipengerusikan Perdana Menteri hari ini (ironi?), mengubah nama kepada JASA.  Agak-agak dalam tempoh penubuhan yang sangat panjang ini, berapa ramai yang menyara diri dan keluarga dengan bekerja di jabatan itu dan apa akan berlaku kepada mereka selepas ini bila tidak ada kerja?

Dalam pengumuman semalam bagaimanapun, tidak ada dinyatakan apa akan berlaku kepada semua kakitangan dari semua agensi yang dibubarkan ini tapi makluman dari mereka yang terkesan, ramai darinya percaya memang akan kehilangan pekerjaan.  Lagipun mana logiknya semua jabatan ini dibubarkan tapi kakitangannya dikekalkan, tak gitu?  Apatah lagi pembubaran semua jabatan ini difahamkan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan!!

Balik pada soal propaganda di atas, adakah semua ini maksudnya bukan propaganda lagilah atau propaganda dah jadi nyata?



Oleh : Mykmu


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment