Jangan Salahkan Saya, Jika PH Gagal Tunai Janji - Najib | KAKI PALU

Jangan Salahkan Saya, Jika PH Gagal Tunai Janji - Najib

Share on Google Plus




KUALA LUMPUR, 24 Mei — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Pakatan Harapan (PH) menjaga kepentingan negara dan tidak meletakkan kesalahan kepada dirinya.

Bekas perdana menteri itu berkata PH tidak boleh membuat dakwaan sebagaimana berada di kerusi pembangkang kerana kenyataan mereka sekarang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Mungkin fitnah dan meletakkan kesalahan kepada saya akan memberi persepsi terhadap kedudukan kewangan yang buruk membolehkan mereka tidak menunaikan janji dalam manifesto dan mengurangkan penjawat awam.

“Mereka harus ingat rakyat dan negara perlu didahulukan. Mereka boleh beri kenyataan mengelirukan tentang 1MDB atau menceritakan separuh benar untuk menyalahkan saya tetapi masa untuk bermain politik sudah tamat,” katanya.

Najib berkata demikian menerusi laman Facebook miliknya lewat malam tadi menjawab tohmahan pemimpin PH.

Katanya, Putrajaya tidak berkata benar mendakwa hutang kerajaan kini 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau RM1 trilion.

Kenyataan demikian akan membimbangkan pasaran kewangan, menarik perhatian agensi penarafan dan menggoncang keyakinan pelabur, katanya.

Bekas presiden Umno itu berkata kenyataan pemimpin PH memberi kesan kepada Indeks Komposit Kuala Lumpur serta dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad.

“Kejatuhan itu menyebabkan hutang negara semakin meningkat pada kadar RM10 bilion setahun dan mungkin menyebabkan bank yang meminjam dari pasaran antarabangsa berdepan kerugian.

“Ia juga mungkin menyebabkan modal besar mengalir keluar daripada pelabur asing dan menyebabkan ringgit semakin lemah,” katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment