Jawatan Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan Belum Muktamad | KAKI PALU

Jawatan Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan Belum Muktamad

Share on Google Plus



PUTRAJAYA 14 Mei - Biar pun telah diumumkan sebagai Menteri Kewangan yang baharu, kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai menteri kanan dalam kerajaan masih belum muktamad.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kedudukan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat bagi menunggu laporan penuh daripada pihak mahkamah berhubung kes rasuah dihadapinya.

“Saya baharu sahaja menamakan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, beliau belum lagi angkat sumpah dalam jawatan itu.

“Kita tunggu dahulu bagaimana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes rasuah mengenai pembelian banglo yang dihadapi Guan Eng baru-baru ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan pelantikan itu dengan menyifatkan pelantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) belum muktamad dan masih dalam perbincangan.

Bagaimanapun, kepimpinan PKR hari ini mengesahkan isu tersebut tidak berbangkit lagi.-UTUSAN ONLINE.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment