Kisah Amanat Terakhir Mahathir PRU14 "DEMI MARUAH" | KAKI PALU

Kisah Amanat Terakhir Mahathir PRU14 "DEMI MARUAH"

Share on Google Plus



MEMANG PADU PELURUNYA ... 😊πŸ’ͺπŸ’ͺ

Kisah Amanat Terakhir Mahathir PRU14 "DEMI MARUAH"

Tiada lagi borak-borak cikgu sekolah di bulan Ramadhan, dah tak bunyi lagi dah suara mengutuk nyumpah Najib!

Yelah sepatutnya sebelum raya ada kenaikan gaji + bonus. Tup2 undi PH punya pasal setakat dapat tukar 6% GST kepada 10% SST.

Berapa ringgit sangat mereka perlu bayar GST untuk raya berbanding kenaikan gaji sekali ganda + kenaikan tahunan dan bonus?

Yelah kerana terikut ayat-ayat menyengat Mahathir "demi maruah!" Mereka buang Najib. Maruah siapa MAHATHIR bela dahulu?

Sekarang nampaknya maruah Guan Eng yang suci hingga digugurkan dari kes rasuah. Dapat duduk dalam lubuk duit Menteri Kewangan

Maruah Anwar yang diampunkan dan dibebaskan dari penjara yang boleh terbang guna pesawat kerajaan ke sana sini duit pakai duit rakyat!

Maruah Mat Sabu ada sijil memasak pun jadi Menteri Pertahanan

Maruah Mahathir kerana 3 anaknya yang billionaire dah boleh cogak-cogak projek mana nak kebas!

Maruah kroni yang besar melabur dalam PRU-14 akhirnya sudah boleh menunaikan hasil!

Maruah rakyat dekat mana? Apa yang rakyat dah dapat? Dah kaya atau duit dah dapat dijimatkan sehingga RM1000 sebulan hasil harga barang turun, harga minyak RM1.50 seliter atau TOL FREE sekarang ini!

Ohh mereka kata kena tunggu 100 hari. Tapi dalam menunggu 100 kena terima bala dulu bak kata pepatah susah-susah dulu In Shaa Allah kalau-kalau silap pangkah susah lagi kemudian ceritanya:.

Hampir 40k penjawat awam dibuang kerja! 200k penjawat awam dibelenggu kerisauan mungkin mangsa diserap ke swasta!

Bonus tak ada! Gaji kena potong! Kenaikan gaji sekali ganda dan tahunan dimansuhkan!

60k pekerja yg bakal diserap dalam jabatan kerajaan melalui skim SL1M dibatalkan!

Hampir 200k graduan yang sepatutnya diserap masuk syarikat GLC @ swasta melalui SL1M SEBELUM PRU14 tergantung tanpa berita bila nak mula kerana kerajaan sudah bertukar.

Graduan ketika 100 hari ini tidak dapat memohon apa-apa pekerjaan kerana kebanyakan syarikat swasta membekukan pengambilan pekerja baru bagi memerhati keadaan ekonomi tidak stabil.

Harap nak dapat BR1M sebelum raya tetapi kira-kira 8 juta penerima berputih mata dan kurang dari 2 juta dapat tak sampai separuh.

Tol balik raya confirm kena bayar tapi Najib janji free.

Hutang PTPTN Syed Saddig dah kejar!

Orang kampung bertanya ada lagi ke 1Azam E-Kasih

Nelayan petani bertanya elaun mereka bila nak masuk!

Warga FELDA terduduk duit raya tahun ini tak ada dibekukan. Lagi sedang bingung harap tanah rumah je ada geran tapi tanah ladang 10 ekar?

Inilah nilai janji maruah Mahathir. Sedar x sedar kalau anda ulang baca balik artikel ini dalam sistem pemerintahan kerajaan Mahazalim dengan sistem pemerintahan 22 tahun Mahafiraun sama sahaja iaitu:

ANAK BERANAK + KRONI FIRST dan kemudian mereka fikirkan rakyat itupun kalau duit kerajaan cukup walaupun Najib tinggal rezab negara RM430 bilion tidak bermakna cukup untuk membantu rakyat!

Kadang-kadang kita teruja bila cakap pasal maruah tapi Mahathir tak cakap dia nak bela maruah rakyat, mungkin dia maksudkan maruah wakil rakyat kroni dan anak beranak. Jadi tak adil kita salah Mahathir kerana ini semua salah Najib salah Najib salah Najib itu ayat ditanam dalam benak mereka oleh regim Mahalim...

Catatan Mohd Fadzil

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajibRazak #Negaraku #BetterNation #MalaysiaMemilih


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment