KP SPRM Didesak Undur Diri Siasat 1MDB | KAKI PALU

KP SPRM Didesak Undur Diri Siasat 1MDB

Share on Google Plus




SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull digesa mengundurkan diri daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

"Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.

"Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional," katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Syukri sebelum ini yang dilihat bersikap prejudis terhadap pelaku dalam kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.

Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadapNajib.

Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri , supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.

Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Isham yang juga merupakan Fellow overseer menjelaskan desakan itu juga berdasarkan isu perlantikan Mohd Shukri yang dikatakan tidak dilantik mengikut peruntukan sebenar.

"Beliau juga tidak dilantik menerusi Parlimen," katanya lagi.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment