Lari Dari Hospital Akibat Salah Faham, Kata Peguam Jamal | KAKI PALU

Lari Dari Hospital Akibat Salah Faham, Kata Peguam Jamal

Share on Google Plus



KUALA LUMPUR, 26 Mei — Peguam percaya tindakan Datuk Seri Jamal Yunos meninggalkan Hospital Pakar Ampang Puteri disebabkan masalah komunikasi.

Datuk Mohd Imran Tamrin berkata ketua Umno bahagian Sungai Besar itu  mungkin menganggap proses ikat jamin sudah sempurna, lapor Berita Harian.

“Saya juga percaya, ini adalah kes kekhilafan tanpa sebarang niat melakukan apa-apa jenayah termasuk niat untuk lari dari tahanan,” katanya.

“Ini adalah pengalaman pertama beliau dalam menghadapi situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah”.

Meminta Jamal segera menghubungi peguam atau hadir ke IPD Ampang Jaya, Mohd Imram juga bimbang anak guamnya dalam keadaan trauma atau tertekan.

“Saya memohon kemaafan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya polis, mahkamah dan hospital dalam kes ini,” kata Mohd Imran.

Kehilangan Jamal disedari jam 3 petang semalam ketika penolong pendaftar Mahkamah Shah Alam datang untuk menjaminnya.

Polis kemudian melancarkan operasi “Ops Tutup” untuk mengesan beliau.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment