Lupa Pula Nak Tabik Hormat, Mat Sabu Minta Maaf [VIDEO] | KAKI PALU

Lupa Pula Nak Tabik Hormat, Mat Sabu Minta Maaf [VIDEO]

Share on Google Plus



KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang baharu sahaja memulakan tugasnya hari ini memohon maaf kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-Panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sewaktu melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan di sini, pagi tadi, Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak berhenti mengikut protokol.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, Mohamad berkata, beliau masih dalam proses memahami dengan lebih lanjut protokol ketenteraan.


Jelasnya, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan namun mengakui perkara yang berlaku merupakan kesilapannya sendiri sebagai seorang manusia biasa.




“Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

“Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Mohamad hari ini memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad menerusi entri tersebut juga berkata, beliau akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya.

Mohamad pada sidang media pertamanya di Kementerian Pertahanan pagi tadi turut mengakui gementar setelah dilantik oleh Perdana Menteri untuk memegang portfolio berkenaan yang mempunyai protokol yang ketat.

Mohamad tiba di perkarangan Dataran Wisma Pertahanan itu pada jam 9.30 pagi tadi sebelum disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau kemudiannya menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dan seterusnya memeriksa barisan pasukan kawalan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/EZ






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment