Mat Sabu Mengaku Jadi Mangsa Kekejaman Mahathir | KAKI PALU

Mat Sabu Mengaku Jadi Mangsa Kekejaman Mahathir

Share on Google Plus




Presiden PAN, Mohamad Sabu mengakui kebanyakan pemimpin dalam gabungan pembangkang PKR merupakan mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.


Bagaimanapun beliau berkata, demi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mereka terpaksa berdamai dan melupakan 'dendam kesumat' terhadap bekas perdana menteri itu.


"Gabungan pembangkang PKR dibentuk daripada kalangan musuh politik. Kami tiga parti iaitu PKR, PAN dan DAP adalah pemimpin yang kebanyakannya menjadi mangsa pada zaman Mahathir.


"Tapi kalau terus dendam kesumat, terus menyalahkan dan tidak mahu berdamai macam mana hendak mengalahkan Najib dan Barisan Nasional (BN)?," katanya.


Beliau berkata demikian  ketika berucap dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Taman Lapangan Ria, Ipoh, semalam.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment