"Pakai Seksi Ikut Tempat dan 'Mood' - Tasha Shilla | KAKI PALU

"Pakai Seksi Ikut Tempat dan 'Mood' - Tasha Shilla

Share on Google Plus




Pelakon yang cukup sinonim dengan kisah kontroversi, Tasha Shilla mengakui dia masih berpenampilan seksi kerana ia adalah dirinya yang sebenar.

Wanita berusia 31 tahun ini bagaimanapun berkata dia akan memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis dan tempat yang dihadiri.

"Saya masih lagi berpakaian seksi... saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai.

"Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan 'mood'," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Menyedari sebagai selebriti dirinya sentiasa menjadi perhatian umum justeru Tasha berkata dia tidak dapat menghalang cakap-cakap negatif tentang dirinya malah sudah terbiasa dengan situasi itu.

"Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

"Bukan semua orang sukakan saya... Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni.

"Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir," katanya yang kini muncul menerusi drama terbaru, Air Mata Syurga.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment