Perdana Menteri Umumkan 18 Inisiatif Di Pulau Langkawi | KAKI PALU

Perdana Menteri Umumkan 18 Inisiatif Di Pulau Langkawi

Share on Google Plus




LANGKAWI 4 Mei - Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Langkawi semalam membawa perkhabaran gembira apabila beliau mengumumkan 18 inisiatif untuk dilaksanakan di pulau peranginan tersebut secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, kesemua inisiatif tersebut adalah bertujuan menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan yang tersohor dalam peta pelancongan dunia menjelang 2030.

Beliau berkata, antara inisiatif yang bakal dilaksanakan itu adalah seperti perlaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC); memperkasakan pelancongan kesihatan, pembinaan sebuah litar Motorcross, pembesaran lapangan terbang; menaik taraf akademi pelancongan dan pakej istimewa perkhidmatan internet berkelajuan tinggi WiFi@unifi Telekom Malaysia (TM).

Selain itu katanya, kerajaan juga memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta yang disediakan kepada SME Bank dalam bentuk pembiayaan daripada RM25,000 sehingga RM250,000 untuk peniaga di pulau ini yang mengusahakan chalet, motel dan kedai runcit dengan kadar pinjaman hanya tiga peratus setahun setelah kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus.

“Kita juga bakal menyediakan geran sebanyak RM5,000 kepada 1,000 peniaga kecil di pulau peranginan tersebut yang diagihkan oleh persatuan-satuan perniagaan yang berdaftar bermula 1 Jun depan,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Santai Industri Pelancongan bersama Perdana Menteri di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi Lembaga Tourism Malaysia, Siew Ka Wei; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Azizan Noordi; Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi.

Tambah Najib, impak kepada kesemua inisatif tersebut mampu memberi kesan kepada ekosistem pelancongan secara menyeluruh daripada industri perhotelan sehingga kepada pengusaha inap desa, pamandu teksi dan pemandu pelancong.

"Kita hendak pastikan rakyat mendapat rahmat dan manfaat daripada industri pelancongan sekali gus memastikan pendapatan mereka jauh lebih tinggi.

"Kita mahu penduduk Langkawi menikmati gaya hidup jauh lebih hebat pada masa akan datang sekiranya pelancongan terus maju," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau tidak memilih pendekatan mencaci atau mengeluarkan kata kesat seperti seorang pemimpin itu sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah selain fokus kepada agenda tranformasi demi masa depan Pulau Langkawi.

“Kerajaan terus komited untuk terus membangunkan Langkawi dan usaha tersebut perlulah mendapat kerjasama daripada rakyat dengan memberi mandat kepada kerajaan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya yang turut memaklumkan bahawa industri pelancongan di Langkawi terus berkembang pesat dan telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM6.5 bilion pada 2017.

Dalam majlis tersebut, Najib turut menerima anugerah khas iaitu Bapa Tranformasi dan Digital Pelancongan Langkawi yang disampaikan oleh Zainudin.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment