Sedarkah Para Pengundi? | KAKI PALU

Sedarkah Para Pengundi?

Share on Google Plus




SEDARKAH PARA PENGUNDI?

Masa pengundi nak tukar Najib Razak sebagai PM, mereka tak sedar sebenarnya undi mereka akan menyebabkan pakcik , makcik, abang , kakak , adik mereka akan hilang sumber pendapatan kerana bekerja sebagai penjawat awam lantikan politik secara kontrak.

Masa pengundi nak tukar Najib Razak sebagai PM, mereka lupa ayah, mak, pakcik , makcik dan saudara terdekat mereka terlibat dalam menghidupkan perpaduan masyarakat dalam JKKK. Kini mereka tiada lagi tempat untuk mengisi masa lapang mereka setelah anak-anak meninggalkan mereka di kampung dan hidup selesa di bandar.

Masa pengundi nak tukar Najib Razak, mereka lupa yang ayah , mak , abang , kakak , pakcik, makcik mereka terlibat sebagai pengajar-pengajar kelas agama di kampung-kampung dan kini mereka hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan dan kesannya besar dalam pembangunan ilmu terutamanya kepada umat Islam.

Kini di mana mereka nak bergantung dalam nak meneruskan kehidupan terutamanya dalam menghadapi Syawal.Ada yang lantikan kontrak dan berkhidmat hampir 10 tahun dengan umur yang lanjut.Dimana sumber mereka nak langsaikan hutang-hutang mereka.Bagaimana mereka nak membesarkan anak-anak mereka.

PERNAHKAH ANDA SEBAGAI PENGUNDI BERFIKIR? MAMPUKAH KERAJAAN HARINI MELUNASKAN JANJI MEMBERIKAN RUANG 1JUTA PEKERJAAN.

-Fariz Hadi-
#PerjuanganYangBelumSelesai


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment